fb fb fb fb fb

Speaker DUN serah notis kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap kepada SPR

Datuk Law Choo Kiang menyerahkan notis pengisytiharan kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap kepada Pengarah SPR Pulau Pinang, Dr. Siti Nazariah Abdul Zalim

GEORGE TOWN, 27 Mei- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang hari ini menyerahkan notis pengisytiharan kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Notis diserahkan kepada Pengarah SPR Pulau Pinang, Dr. Siti Nazariah Abdul Zalim di pejabatnya tengah hari tadi.

Ia susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada Jumaat lepas.

"Hari ini saya bersama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri akan penyerahan notis kekosongan kerusi kawasan Sungai Bakap kepada Pengarah SPR  Ini semuanya selaras dengan Fasa 5 Perkara 19 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang yang kita perlu buat notis makluman kepada SPR,"katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri,  Chow Kon Yeow ketika ditemui berkata, kerusi Sungai Bakap adalah milik parti PKR.

Beliau menyerahkan keputusan berkaitan calon kepada parti tersebut.

"Saya rasa ini boleh serah kepada PKR yang sebelum ini bertanding kawasan itu. Kita tidak buat keputusan rasmi tetapi persefahaman parti yang bertanding sebelum ini akan diberi keutamaan.

"Kerajaan Perpaduan semakin mantap dan kukuh ini boleh memberi kelebihan dalam pertandingan PRK nanti,"katanya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE