fb fb fb fb fb

SKDS: KPDN sedia pertimbang kes khas sektor pengangkutan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 10 Julai- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) sedia mempertimbang menambah jenis pengangkutan yang layak memohon Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata ia membabitkan kes-kes khas bagi sektor pengangkutan tertentu yang terlibat perkhidmatan barang keperluan pengguna.

Antaranya, lori pengangkut Roro di kawasan petani dan pekebun kecil sawit.

"Insya-Allah jika ia terkait dengan perkhidmatan barang keperluan yang digunakan oleh orang ramai secara meluas, kerajaan akan menimbangkan untuk mengemukakan pelan mitigasi dan intervensi.

"Saya amat mengalu-alukan sebagaimana yang disebutkan yang berhormat tadi sebarang kes-kes tertentu yang boleh kita santuni dan cari kaedah secara keseluruhan," katanya di Dewan Rakyat di sini bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Buat masa ini, 33 jenis pengangkutan darat awam dan barangan layak memohon SKDS.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM