fb fb fb fb fb

Sistem pelaporan berpusat mudahkan aduan eksploitasi dan ajaran sesat-Dr Zulkifli Hasan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 November-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membangunkan sistem pelaporan berpusat bertujuan membuat aduan terus kepada pihak berkuasa mengenai eksploitasi dan ajaran sesat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menegaskan sistem tersebut khususnya kepada wanita dan kanak-kanak yang terdedah dengan perkara itu.

"JAKIM menyedari terdapat keperluan untuk membuat penambahbaikan dalam gerak kerja bagi menangani isu seumpama kes GISBH dan berkaitan ajaran sesat di negara ini.

"Oleh itu, JAKIM telah membangunkan sistem pelaporan berpusat bagi membolehkan mana-mana pihak melaporkan kes secara terus kepada pihak berkuasa dengan tindak balas segera.

"Selain itu, penyelarasan aduan telah dilaksanakan secara strategik antara JAKIM dengan Jabatan Agama Islam Negeri," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Young Syefura Othman yang ingin tahu sama ada kementerian berhasrat memperkukuh prosedur operasi standard (SOP) pelaporan bagi memastikan laporan diterima diambil tindakan segera.

Tambahnya, petugas barisan hadapan perlu diberi latihan khas bagi mengenalpasti tanda-tanda eksploitasi dengan kerjasama agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD