fb fb fb fb fb

Sistem PADU, agihan subsidi akan lebih adil - Rafizi

(Foto BERNAMA)

PUTRAJAYA, 21 September- Proses pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sebuah sistem yang menggabungkan maklumat dalam kalangan pelbagai cabang kerajaan, telah 60 peratus siap.

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, kerajaan akan menguji sistem berkenaan pada November ini sebelum digunakan oleh orang ramai pada Januari tahun depan.

"Setakat ini segalanya berjalan seperti garis masa ditetapkan walaupun banyak cabaran untuk menggabungkan data dan maklumat 32 juta rakyat Malaysia dalam tempoh yang pendek.

"Ia adalah sesuatu yang sangat mencabar tetapi kerajaan melihat PADU sebagai sesuatu langkah yang mesti dibuat bukan sahaja demi memastikan pelaksanaan subsidi bersasar itu nanti berlaku adil kepada semua isi rumah," katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi libat urus pembangunan PADU bersama ketua setiausaha dan ketua pengarah kementerian dan agensi yang menjadi rakan strategik pembangunan sistem itu.

Pada 15 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju menubuhkan PADU untuk menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah bagi memperkemas pelaksanaan subsidi bersasar di negara ini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu