KEPALA BATAS, 26 Jun - Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ( PERDA) terus mengambil inisiatif membantu serta mempromosikan produk keluaran usahawan khususnya usahawan luar bandar, di Pulau Pinang.
Ke arah itu Expo PERDA (EXPERT) 2023 bakal berlangsung di Midtown PERDA, Kubang Menerong, Tasek Gelugor pada 28 September hingga 1 Oktober nanti.
Pengerusi PERDA, Datuk Ir. Dr. Shaik Mydin berkata ini merupakan penganjuran siri ke dua dengan bertemakan “Dimensi Usahawan Madani”.
"Kita ada sediakan banyak gerai untuk usahawan mengambil bahagian dalam program usahawan luar bandar di PERDA dan PERDA menjadi pemangkin utama di Pulau Pinang untuk pastikan usahawan baharu bumiputera mendapat peluang untuk lebih berjaya pada masa akan datang, kita menyasarkan lebih 250 orang dengan jualan tidak kurang RM1.5 juta," kata Dr. Shaik, di sini.
Menurut beliau, acara empat hari itu menyasarkan penyertaan lebih 250 usahawan dengan nilai jualan serta pemerolehan kontrak berjumlah RM1.5 juta.
Seramai lebih 70,000 pengunjung dijangka akan menghadiri EXPERT 2023 nanti.
(Dr. Shaik ditemui media selepas
Majlis Perasmian Program Sokongan dan Pemerkasaan Usahawan Perda (SPEAR)
serta Soft Launch EXPERT 2030, di sini)