fb fb fb fb fb

Serangan ke atas TAI, tiada rakyat Malaysia terlibat

FOTO REUTERS

KUALA LUMPUR, 24 Oktober - Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam serangan ke atas ibu pejabat syarikat aeroangkasa dan pertahanan Turkiye, Turkish Aerospace Industries (TAI) di Kahramankazan, mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan pada Rabu.

Dalam satu kenyataan Wisma Putra turut berkata, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan itu.

"Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Republik Turkiye dan keluarga mangsa yang terkorban dan berharap supaya mereka yang cedera agar segera sembuh," kata kenyataan itu.

Wisma Putra juga memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Ankara sedang memantau dengan teliti perkembangan itu.

"Semua rakyat Malaysia di Turkiye dinasihatkan untuk kekal tenang, waspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan," kata kenyataan itu lagi.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara melalui +(90) 312 44635 47/48 semasa waktu pejabat atau +(90) 507 8128406 selepas waktu pejabat.

Mereka juga boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul di +(90) 212 98910 01/09 semasa waktu pejabat atau +(90) 531 7160551 selepas waktu pejabat.

Sebagai alternatif, pertanyaan boleh dihantar melalui e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk Kedutaan Malaysia di Ankara atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk Konsulat Jeneral di Istanbul.

Menurut laporan Agensi Anadolu, dua pengganas yang menyerang kemudahan TAI "ditewaskan" manakala lima orang terbunuh dan 22 cedera, kata seorang pegawai tertinggi tempatan pada petang Rabu.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuk serangan pengganas itu, dengan berkata: "Saya mengutuk serangan keji ini ke atas kemudahan The Turkish Aerospace Industries."

 

BERITA BERKAITAN

TETITIA YUSOFF