fb fb fb fb fb

Seni kebudayaan mampu lestarikan perpaduan antara kaum

MACHANG, 5 Oktober- Ibu bapa dan juga guru perlu memainkan peranan membimbing anak dan pelajar merangkumi semua aspek termasuk mendedahkan mereka kepada khazanah warisan budaya negara.

Timbalan Pengarah Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Kelantan, Mohd Anuari Yusof@Mustapha berkata pendidikan dan pengetahuan asas berkait seni dan budaya bukan sahaja perlu didedahkan di sekolah sahaja, malah perlu juga bermula dari rumah.
 
Katanya, hal demikian penting kerana menerusi seni kebudayaan ia mampu melestarikan perpaduan antara antara kaum khususnya di negeri berkenaan.

"Kita tengok keadaan semasa kita, tengok minat kepada seni budaya dalam kalangan pelajar seawal usia 4 tahun. Dia telah menunjukkan minat, kalau kita tengok hal ini terbukti dalam cara dia berpakaian, cara buat persembahan dengan penuh jiwa maksudnya dia memahami apa itu budaya," katanya ketika ditemui pemberita pada program Kenali Budaya Kita di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Poey Sit, di sini

Mengulas lanjut, Mohd Anuari juga komited untuk terus bekerjasama khususnya dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan bagi merangka lebih banyak program berkait kebudayaan dalam memastikan seni warisan negara tidak pupus ditelan zaman.


(Mengulas lanjut, Mohd Anuari juga komited untuk terus bekerjasama khususnya
dengan Jabatan Pendidikan Negeri bagi merangka lebih banyak program
berkait kebudayaan dalam memastikan seni warisan negara tidak pupus
di tenggelam zaman.)

Media Baharu