fb fb fb fb fb

Selangor teroka sistem lebih mampan, sediakan bantuan pinjaman

Datuk Seri Amirudin Shari

SHAH ALAM, 12 Disember- Selangor sedang meneroka sistem lebih mampan bagi menyediakan bantuan pinjaman kepada usahawan termasuk mewujudkan bank negeri itu pada masa akan datang.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, cadangan tersebut hasil pertemuan dengan pengasas bank mikrokredit terkemuka dunia, Grameen Bank Profesor Muhammad Yunus.

"...dan sebab itu kita juga bergerak ke arah tersebut sebab di negeri Selangor ada pinjaman mikrokredit diberikan bank dan kita ada program 'factoring' dan ada beberapa urusan pelaburan di peringkat negeri.

"Disebabkan itu hala tuju yang kita sasarkan bukan lima tahun, 10 tahun malah ia lebih ke hadapan termasuk memiliki bank kita sendiri. Bank ini mampu membiayai pinjaman mikrokredit dengan kaedah mampan tidak membebankan dan mampu untuk membangunkan keusahawan atau progam pembangunan di peringkat Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan perasmian Majlis Anugerah Hijrahpreneur 2024 di sini.

Dalam majlis itu, seramai 34 usahawan dalam sembilan kategori menerima penghargaan atas pencapaian luar biasa dan usaha gigih Usahawan Hijrah Selangor dalam memperkasa ekonomi negeri dan komuniti.

Dalam sembilan kategori berkenaan, Rahmah Safari, usahawan taska berjaya dinobatkan sebagai Ikon Usahawan Hijrah Selangor 2024.

"Perkara mendorong saya yang pertama memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama kepada ibu bapa di luar sana yang memerlukan penjagaan selamat dan keceriaan untuk anak-anak masing-masing," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI