KUALA LUMPUR, 1 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2022.
Beliau berkata Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bukan sahaja mercu tanda kejayaan negara tetapi merupakan wilayah yang indah, unik dengan kepelbagaian serta menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.
"Malah pada hari ini juga genap usia Kuala Lumpur yang ke-50 diisytiharkan sebagai bandar raya pertama di Malaysia.
"Semarakkan rasa cinta dan sayang seluruh Keluarga Malaysia di Wilayah Persekutuan dan di seluruh Malaysia amnya, dalam melangkah ke hadapan ke arah negara maju dan sejahtera!," katanya menerusi catatan di Facebook.