fb fb fb fb fb

Sasaran subsidi diesel tidak jejas prestasi ekonomi - Menteri Kewangan II

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Jun - Kerajaan yakin ekonomi negara masih tetap mencapai unjuran rasmi kadar inflasi dan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini, meskipun dengan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel.

Menerusi Sesi Penerangan Menteri mengenai Pelaksanaan Penyasaran Semula Subsidi Diesel, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan menyasarkan kadar inflasi antara 2.0 peratus dan 3.5 peratus serta pertumbuhan KDNK antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus pada tahun ini.

"Keputusan melaksanakan penyasaran semula subsidi diesel bukan satu langkah yang mudah diambil.

"Kerajaan tidak terburu-buru malah sentiasa memberi perhatian khusus untuk memastikan mekanisme terbaik digunakan untuk membantu sektor perniagaan dan rakyat yang layak dibantu," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Tambah beliau, kerajaan masih menanggung subsidi diesel sehingga RM10 bilion walaupun penjimatan dianggarkan RM4 bilion setahun daripada penyasaran semula subsidi diesel.

Bagi menampung subsidi di Sabah dan Sarawak, subsidi untuk sektor pengangkutan awam dan sektor logistik Semenanjung Malaysia, bantuan tunai untuk pemilik kenderaan individu dan pengusaha kecil agri-komoditi serta subsidi diesel nelayan.

Bermula 10 Jun lalu, kerajaan telah menetapkan semula harga runcit bahan api diesel di Semenanjung Malaysia pada RM3.35 seliter manakala, harga runcit di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

BERITA BERKAITAN:

GRACE AISYAH KEDAYAN