fb fb fb fb fb

Sarawak dan LTAT meterai MoU teroka potensi kerjasama enam sektor utama

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) menyaksikan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Datuk Seri Dr Wan Lizozman Wan Omar (kiri, depan) dan Ketua Pegawai Kewangan LTAT, Mohammad Ashraf Md Radzi (kanan, depan) bertukar Dokumen Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Sarawak dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Menara Affin Bank @ TRX hari ini / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Kerajaan Sarawak dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, LTAT menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoU) bagi meneroka potensi kerjasama daripada segi perkongsian maklumat dan sokongan bersama.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerjasama tersebut melibatkan enam sektor utama iaitu pembuatan, pertanian komersial, pelancongan, perhutanan, perlombongan dan perkhidmatan.

Menurut beliau, kerjasama berkenaan dimeterai memandangkan LTAT mempunyai falsafah pelaburan mampan jangka panjang yang juga selaras dengan falsafah pelaburan pihaknya.

"Mereka mempunyai portfolio pelbagai yang kukuh merangkumi pelbagai kelas aset dan sektor utama ekonomi termasuk perkhidmatan kewangan, hartanah, minyak dan gas, farmaseutikal, industri berat, perladangan, pembuatan, pembinaan, teknologi, pengguna dan produk perindustrian,"kata Tan Sri Abang Johari.

Menurutnya lagi, berkenaan pemerolehan saham tambahan dalam Affin Bank oleh Kerajaan Sarawak daripada LTAT, kedua-dua pihak akan meneruskan perjanjian jual beli setelahmendapat kelulusan yang diperlukan.

Beliau percaya Affin Bank berpeluang untuk mengambil bahagian dan mengembangkan portfolio alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta pangkalan pelanggan runcitnya dengan potensi yang belum diterokai di Sarawak.

 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE