fb fb fb fb fb

Sambutan perayaan, perkukuh perpaduan rakyat berbilang kaum

perpaduan rakyat berbilang kaum, menjadi kayu ukur bagi sesebuah negara maju.

JOHOR BAHRU, 13 April- Semangat ukhwah dan persaudaraan antara rakyat berbilang bangsa, perlu terus diperkukuh menerusi sambutan perayaan yang diadakan di negara ini.

Duta Perpaduan Johor, Lim San Shien berkata ia menjadi platform untuk memupuk persefahaman dan silaturahim dalam kalangan masyarakat majmuk.

Katanya, perpaduan rakyat berbilang kaum menjadi kayu ukur bagi sesebuah negara maju.

Kemakmuran itu turut mendorong kepada keharmonian sosial yang penting buat kestabilan negara.

"Apabila kita ada perpaduan yang erat, negara akan berada di landasan yang betul kerana rakyat Malaysia terus bersatu padu dalam menggabungkan tenaga dan sinergi untuk menyumbang kepakaran masing-masing.

"Di Johor, perpaduan antara rakyat, dapat dilihat menerusi acara rumah terbuka Aidilfitri, yang turut diraikan kaum berbeza agama. 

"Hubungan erat itu dapat terus diperkukuh, sekiranya semua pihak dapat saling bersefahaman dan mencari titik persamaan antara satu sama lain," katanya kepada pemberita di sini.

Rata-rata orang awam yang ditemui bersetuju bahawa setiap perayaan itu mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Saya rasa perayaan antara acara yang paling sesuai untuk masyarakat berbilang bangsa untuk berjumpa, beramah mesra.

"Daripada situ kita boleh berkenalan, bertanya khabar, jadi itu dapat eratkan silaturahim antara kaum di Malaysia," kata pekerja swasta, Haifaa Mohammad.

"Pada rakyat Malaysia bukan Islam, contohnya India, Cina dan sebagainya juga dijemput hadir ke rumah terbuka kawan-kawan Melayu kita.

"Walaupun kita bukan beragama Islam tetapi kita boleh beraya ke rumah kawan kita yang Islam, sebab kita sama-sama rakyat Malaysia. Kita satu Malaysia," kata pesara polis, Awa Mohamad.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM