fb fb fb fb fb

Sambutan Hari Kebangsaan, meriah dan cemerlang - PM

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 31 Ogos - Penganjuran sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka disifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai sangat meriah dan cemerlang.

Program tersebut katanya, mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada seluruh Keluarga Malaysia setelah dua tahun tidak dapat dilaksanakan secara besar-besaran akibat pandemik COVID-19.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

"Saya tengok dari segi pertunjukkan perarakan sangat baik sekali dan saya difahamkan rakyat amat teruja dan menati-nantikan program dan perarakan hari merdeka tahun ini.

"Mungkin selepas dua tahun tidak diadakan, saya difahamkan sejak malam tadi Dataran Merdeka telah dipenuhi oleh pengunjung yang datang dari jauh dan dekat. Saya ucap tahniah kepada KKOMM yang berjaya menganjurkan perarakan sambutan hari merdeka yang amat cemerlang sekali," katanya ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan ke konti radio NasionalFM di Angkasapuri.

Pada kunjungan tersebut, beliau sempat meluangkan masa selama sejam untuk ditemubual secara langsung oleh penyampai-penyampai radio RTM.

Datuk Seri Ismail turut memuji semangat yang ditunjukkan oleh para peserta dan kontinjen perbarisan yang telah melakukan latihan sejak berminggu-minggu untuk sambutan tersebut.

Katanya, komitmen mereka jelas terserlah menerusi hasil persembahan dan perarakan perbarisan yang sangat sempurna.

Media Baharu