Niaga hadapan emas ditutup lebih rendah

Foto fail

KUALA LUMPUR, 20 April -Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, mencerminkan prestasi lebih lemah dalam pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat, apabila dolar AS yang lebih kukuh memberi tekanan kepada harga di tengah-tengah konflik AS-Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kontrak April dan Mei merosot kepada kira-kira US$4,810.10 dan US$4,830.10 setiap auns troy.
  • Kontrak Jun, Julai dan Ogos ditutup lebih rendah pada US$4,848.60 setiap auns troy, dari US$4,854.70.
  • Jumlah dagangan menyusut kepada enam lot berbanding 21 lot pada Jumaat dan kepentingan terbuka susut kepada 60 kontrak.
  • Emas fizikal ditetapkan pada US$4,870.50 setiap auns troy menurut penetapan LBMA 17 April 2026.

Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan April susut kepada US$4,810.10 setiap auns troy daripada US$4,816.20 ketika ditutup pada Jumaat, dan kontrak Mei 2026 merosot kepada US$4,830.10 setiap auns troy berbanding US$4,836.20 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 semuanya ditutup lebih rendah pada US$4,848.60 setiap auns troy, berkurang daripada US$4,854.70 setiap auns troy.

Jumlah dagangan berada pada enam lot berbanding dengan 21 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka susut kepada 60 kontrak daripada 87 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal berada pada US$4,870.50 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association setakat 17 April 2026. – BERNAMA