fb fb fb fb fb

Saarani umum portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO)

Foto FB SUK Perak

IPOH, 23 November - Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad hari ini mengumumkan 10 portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) selepas beliau dilantik menjadi Menteri Besar Perak ke-15.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan memegang portfolio Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC.

Beliau berkata senarai yang diumumkan membariskan gabungan 10 pemimpin berpengalaman termasuk mereka yang pernah menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum ini.

"Kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan mesyuarat buat kali pertama bagi membincang dan memutuskan beberapa perkara penting hari ini.

"Antaranya, mesyuarat bersetuju supaya Mesyuarat Pertama dan Mesyuarat Kedua Tahun Pertama Dewan Negeri Ke-15 Perak Darul Ridzuan akan diadakan pada 19 Dis bagi pembentangan Bajet 2023," katanya pada sidang media mengumumkan barisan Exco itu di sini hari ini.

Beliau turut mengumumkan pelantikan Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid sebagai Speaker DUN Perak.

Dalam pada itu, Datuk Seri Saarani memaklumkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diadakan pada 19 Disember depan bagi pembentangan Bajet 2023.


(Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata demikian dalam sidang
media hari ini/Foto FB SUK Perak)

Media Baharu