fb fb fb fb fb

RUU Pembaharuan Semula Bandar, tingkat maruah golongan miskin bandar

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Mac- Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB) diperkenalkan untuk memberikan hidup yang lebih bermaruah buat golongan miskin bandar, terutamanya orang Melayu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan undang-undang PSB itu tidak merampas hak Melayu atau mana-mana rakyat seperti didakwa pihak tertentu, sebaliknya mengekalkan status tanah dan memberi jaminan rumah dan kehidupan yang lebih baik kepada pemilik.

"Isu miskin bandar sangat menyentuh hati nurani saya. Mana mungkin sanggup saya biarkan keluarga majoriti Melayu hidup berhimpit dalam sebuah rumah yang hanya punya satu kamar di tengah-tengah bandar?

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook, malam ini.

ROSLINA BINTI DIN