fb fb fb fb fb

RUU kekalkan kerajaan tidak pernah dibincang- PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/BERNAMA

SERDANG, 16 Januari- Cadangan mewujudkan satu rang undang-undang (RUU) untuk mengekalkan kerajaan mentadbir negara sehingga tamat penggal bukan menjadi keutamaan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut tidak pernah dibincangkan dan belum ada sebarang keputusan dibuat mengenainya.

Beliau berkata keutamaan ketika ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang disegani dalam dalam aspek tatakelola dan transformasi fizikal.

“Kami belum membincangan perkara ini. Saya berharap untuk membincangkan perkara itu tetapi pada masa yang sama, ia agak terlalu awal untuk kita membuat sebarang keputusan bahkan kita belum mendapat sebarang maklum balas daripada AG (Peguam Negara). Jadi saya rasa kita akan melalui proses yang sewajarnya... kerana ada cadangan, kami akan melihatnya” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas peluncuran program AI Untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia.

ROSLINA BINTI DIN