fb fb fb fb fb

RTM Perak raih empat anugerah dalam Majlis Anugerah MBI 2024

Foto RTM

IPOH, 11 Ogos - RTM Perak cemerlang meraih empat anugerah dalam Majlis Anugerah Media Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2024, malam tadi.

Anugerah yang julung kali diadakan itu bertujuan mengiktiraf peranan dan sumbangan media dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih berkaitan MBI.

Wartawan RTM Perak Nor Ain Abu Bakar dipilih sebagai Wartawan Terbaik hasil beberapa pencapaian yang diraih sepanjang tahun lalu.

Antaranya pemenang tempat pertama Anugerah Liputan Kemampanan Persekitaran Hijau Terbaik, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2023.

Nor Ain turut merangkul Anugerah Laporan Berita TV Terbaik menerusi laporan ‘MBI Kitar Minyak Terpakai’.

Anugerah Laporan Khas TV Terbaik pula disampaikan kepada Amirul Ashraff Zainon menerusi laporan khas 'Anjing Dalam Distress'.  

Manakala, Mohd Ariff Kamalzee Harun dipilih sebagai Juruvideo Terbaik menerusi laporan berita 'Smart Traffic'.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin hadir pada majlis tersebut selain kehadiran hampir 500 tetamu terdiri daripada pengamal media pelbagai agensi dan kakitangan MBI.

TETITIA YUSOFF