RM100 juta tangani banjir kilat Lembah Klang

Foto Fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Oktober – RM100 juta disediakan sebagai langkah segera bagi mengurangkan risiko banjir kilat di Lembah Klang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Membangunkan kolam takungan dan menyelenggara sungai di kawasan terlibat sebagai langkah segera menurunkan risiko banjir kilat.
  • Kerajaan Persekutuan dan Selangor menyepakati lima langkah utama termasuk menilai keupayaan Empangan Batu dan Klang Gate bagi 30 tahun.
  • Memulakan perancangan Projek Empangan Lebir serta pembinaan Loji Rawatan Air Machang dan penggantian paip uzur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk membangunkan kolam takungan dan menyelenggara sungai di kawasan terlibat.

“Banjir kilat di Lembah Klang mesti ditangani segera. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor menyepakati lima langkah utama termasuk menilai keupayaan Empangan Batu dan Empangan Klang Gate bagi 30 tahun mendatang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan atau Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar berkata, kerajaan akan memulakan perancangan Projek Empangan Lebir sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu banjir dan bekalan air bersih di Kelantan.

Pada masa sama, pembinaan Loji Rawatan Air Machang serta kerja penggantian paip uzur sedang dilaksanakan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.