
KUALA LUMPUR, 18 Februari- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan tiga negeri iaitu Pahang, Johor dan Sarawak sehingga 10.00 pagi ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Amaran melibatkan daerah di Pahang: Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.
- Johor terjejas di kawasan Mersing.
- Sarawak terjejas di Kuching, Samarahan, Bintulu dan Subis di Miri.
MetMalaysia memaklumkan di Pahang, daerah terlibat ialah Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor melibatkan Mersing.
Di Sarawak, kawasan terjejas ialah Kuching, Samarahan, Bintulu serta Subis di Miri.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.