Ribut petir di sembilan negeri, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 5 petang

Gambar hiasan janaan AI

KUALA LUMPUR, 25 Februari- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda sembilan negeri iaitu Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah hingga 5.00 petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 5 petang ini.
  • Sembilan negeri terjejas termasuk Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut dilibatkan dalam amaran.
  • Amaran dikeluarkan kerana hujan boleh melebihi 20 mm/jam; sah sehingga enam jam bagi setiap keluaran.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam amaran dikeluarkan pada 2:30 petang memaklumkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut terlibat.

Di Kedah, kawasan terjejas ialah Bandar Baharu, Perak di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala Pahang membabitkan Cameron Highlands, Raub, Bentong dan Temerloh.

Selangor terjejas di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Negeri Sembilan pula melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau, manakala Melaka membabitkan seluruh negeri.

Di Johor, kawasan terlibat ialah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala Sarawak melibatkan Limbang (Lawas).

Sabah pula membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Kota Belud), Tawau (Tawau dan Semporna), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.