
KUALA LUMPUR, 15 April – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak yang dijangka berlarutan sehingga 9 malam ini.
- Kawasan terjejas termasuk Hulu Terengganu, Marang, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Mersing dan beberapa bahagian di Sarawak.
- Amaran dikeluarkan apabila hujan berintensiti tinggi melebihi 20 milimeter sejam atau dijangka berterusan lebih satu jam.
- Amaran bersifat jangka pendek dan sah tidak melebihi enam jam; orang ramai dinasihatkan berwaspada dan merancang perjalanan.
MetMalaysia memaklumkan, antara kawasan terjejas ialah Hulu Terengganu dan Marang di Terengganu, Lipis, Jerantut, Maran serta Kuantan di Pahang.
Manaka di Johor iaitu di Mersing serta beberapa bahagian di Sarawak meliputi Serian, Simunjan, Sri Aman, Kanowit, Selangau, Song, Kapit, Bukit Mabong dan Tatau.
Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan berintensiti tinggi melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.
“Ia bersifat jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada dan merancang perjalanan dengan mengambil kira keadaan cuaca semasa.