fb fb fb fb fb

Rangkuman Belanjawan 2025: Perkasa pendidikan anak-anak autistik

11 pusat PERMATA baharu akan dibina di seluruh negara/Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 Oktober - Kerajaan terus komited dalam memastikan kebajikan dan pendidikan anak-anak autistik berada pada tahap terbaik menerusi beberapa inisiatif dalam Belanjawan 2025.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembinaan 11 Pusat PERMATA baharu di seluruh negara, termasuk di Kelantan, Terengganu, Sabah, dan Sarawak.

Berikut rangkuman pemerkasaan kebajikan pendidikan anak-anak autistik:

  • Dua sekolah baharu bagi murid berkeperluan khas turut dibina di Tuaran, Sabah dan Johor Bahru dengan peruntukan RM300 juta.
  • Sekolah di Johor Bahru akan menjadi sekolah pertama yang khusus untuk autistik.
  • Elaun Murid Berkeperluan Khas sebanyak RM150 sebulan akan diberikan kepada lebih 110,000 murid OKU, termasuk murid autisme, dengan peruntukan RM200 juta.
  • Bantuan yuran pembelajaran RM15 juta, memanfaatkan 30,000 anak autisme yang layak.
  • Sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi membantu sekolah autistik swasta.
  • Sebuah Pusat Perkhidmatan Autisme akan dibangunkan dengan peruntukan RM5 juta untuk komuniti autisme.
  • Had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan dan pemulihan anak autisme akan dinaikkan kepada RM6,000 daripada RM4,000.

GRACE AISYAH KEDAYAN