Rakyat disaran berjimat hadapi tekanan kos sara hidup

Ketua Program Ekonomi, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Saifuzzaman Ibrahim/RTM


KUALA LUMPUR, 25 Mac
Rakyat disaran mengamalkan penjimatan secara menyeluruh bagi menghadapi tekanan kos sara hidup susulan ketegangan di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Urus perbelanjaan secara strategik apabila konflik global semakin memuncak.
  • Kenaikan harga minyak memberi kesan berantai kepada kos pengangkutan, tenaga, insurans dan perkapalan.
  • Utamakan keperluan asas, kurangkan perbelanjaan tidak penting dan sediakan simpanan kecemasan; amalkan perkongsian kenderaan dan pengangkutan awam.

Ketua Program Ekonomi, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Saifuzzaman Ibrahim berkata, pengguna perlu lebih berstrategi dalam mengurus perbelanjaan ketika konflik global semakin memuncak.

Menurut beliau, kenaikan harga minyak sebagai input utama ekonomi akan memberi kesan berantai termasuk peningkatan kos pengangkutan, tenaga, insurans dan perkapalan.

“Tekanan inflasi ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga di peringkat global. Justeru, pengguna perlu mengutamakan keperluan asas dan mengurangkan perbelanjaan tidak penting.

“Amalkan perkongsian kenderaan ke tempat kerja serta menggunakan pengangkutan awam bagi menjimatkan kos,” katanya kepada RTM.

Dalam masa sama, isi rumah digesa menyediakan simpanan kecemasan sebagai langkah menghadapi kemungkinan tekanan inflasi berpanjangan.