fb fb fb fb fb

Rakaman percakapan antara Allahyarham Zara dan ibunya dimainkan

Satu rakaman percakapan antara Allahyarham Zara Qairina dan ibunya, Noraidah Lamat dimainkan di mahkamah koroner, petang tadi/ Foto BERNAMA

KOTA KINABALU, 18 September - Hari kesembilan prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir menyaksikan satu rakaman percakapan antara Allahyarham Zara Qairina dan ibunya, Noraidah Lamat dimainkan di mahkamah koroner, petang tadi.

Menerusi rakaman berdurasi lebih dua minit tersebut, antara lain, Allahyarham Zara menceritakan tentang pelajar ‘A’ yang dipanggil pelajar lain kerana didakwa membuat kenyataan berbunyi, “Sok Sok Senior” terhadap adik salah seorang pelajar yang memanggil pelajar ‘A’.

Pelajar ‘A’ adalah salah seorang daripada lima pelajar tertuduh didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak atas tuduhan mencela Allahyarham Zara.

Rakaman tersebut dimainkan pasukan peguam mewakili ibu Allahyarham Zara di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Prosiding sama turut diberitahu, berkenaan ibu pelajar ‘A’ bermula Mac tahun ini, telah membuat aduan kepada Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap berkaitan anaknya, mengadu barangan miliknya dipinjam pelajar senior hingga rosak, tidak dipulangkan, selain duitnya dicuri.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN