fb fb fb fb fb

Raja Zarith Sofiah tinjau persiapan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 13 Julai- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan meninjau persiapan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang akan berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai depan.

Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda telah memperincikan persiapan Majlis Santapan Diraja yang akan diadakan pada sebelah malam, 20 Julai di Istana Negara.

Selain itu Raja Zarith Sofiah juga berkenan meneliti Cendera Kenangan untuk para tetamu dan perhiasan bagi setiap acara yang berlangsung sempena istiadat pertabalan.

Acara-acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan bermula pada 18 Julai ini dengan majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara, diikuti Khutbah Jumaat khas pada 19 Julai.

Sementara itu pada 23 Julai, Raja Zarith Sofiah dijadual berangkat ke Hospital Orang Asli Gombak dan pada 25 Julai Pameran Raja Kita akan diadakan di Muzium Negara.

Acara-acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 diakhiri dengan Jamuan Teh Diraja di Istana Negara pada 27 Julai.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI