fb fb fb fb fb

Raja Perlis saran wujud lembaga pelancongan Perlis

PERLIS, 14 Mac- Sektor pelancongan di Perlis terus berkembang pesat dengan merekodkan seramai 2.7 juta pelancongan mengunjungi negeri ini sepanjang tahun 2022.

Jumlah kedatangan pelancongan didorong pembukaan pelbagai pusat pelancongan baharu, antaranya Pusat Makanan Laut dan Rekreasi di Pesisir Pantai Bukit Batu Putih, Pembangunan Motel dan Perlis Base Camp Gua Kelam.


(Tempat tinjau Wang Kelian antara destinasi yang menarik pelancong)

Untuk itu, Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dalam titah yang diwakili Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar satu unit khas pelancongan atau Lembaga Pelancongan Perlis diwujudkan bagi menggerakkan pembangunan sektor pelancongan di Perlis.

Ini bagi membolehkan semua inisiatif dan penggerak sektor pelancongan dibuat secara kolaboratif di antara jabatan serta agensi bersama masyarakat setempat.

"Tahun 2023 merupakan tahun akhir persediaan kerajaan negeri untuk menjayakan tahun melawat perlis 2024. bagi menyambut pengunjung pada tahun tersebut, kerajaan negeri perlu membuat persiapan rapi dari semua aspek seperti memastikan kemudahan infrastruktur yang baik, kebersihan terjaga dan pemain industri pelancongan membuat penambahbaikan kemudahan serta produk masing-masing, kegagalan kerajaan negeri dalam perkara ini dikhuatiri akan menjejaskan imej negeri serta memberi perspektif yang kurang baik di kalangan pengunjung," titah nya.

Baginda bertitah ketika Perasmian Penggal Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di Kompleks Dewan Undangan Negeri, Kangar.

Dalam melonjakkan pelancongan, kerajaan negeri kini dalam proses menyediakan Rancangan Kawasan Khas Wang Kelian yang akan bertindak sebagai asas pembangunan kawasan berkenaan dalam merancakkan semula ekonomi kawasan sempadan.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Media Baharu