
IPOH, 24 April – Projek pembinaan tempat letak kereta bertingkat bernilai kira-kira RM13 juta di Jalan Panglima, Ipoh dijangka dapat dimulakan dalam masa terdekat.
- Projek dilaksanakan menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).
- Kini menunggu penyelesaian isu tanah dan syarat konsesi oleh majlis bandaraya.
- Menteri mengarahkan Datuk Bandar menyelesaikan perkara segera supaya kerja awal boleh dimulakan minggu ini.
- Projek asal dijadual bermula April 2025 selama 15 bulan tetapi ditangguhkan kerana isu tanah dan konsesi.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memaklumkan projek tersebut dilaksanakan menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan kini hanya menunggu penyelesaian beberapa isu melibatkan tanah serta syarat konsesi oleh Majlis Bandaraya Ipoh.
Menurutnya, arahan telah diberikan kepada Datuk Bandar Ipoh supaya perkara berkenaan diselesaikan segera bagi membolehkan kerja-kerja awal dimulakan tanpa sebarang kelewatan.
“Saya telahpun mengarahkan Datuk Bandar menyelesaikan perkara terbabit minggu ini ke arah mengatasi kekurangan tempat letak kereta yang telah berlarutan lebih 20 tahun,” katanya dalam sidang media berkaitam.
Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Baru Cina Negeri Perak di sini.
Projek parkir berkenaan sebelum ini dijadualkan bermula pada April 2025 dengan tempoh pelaksanaan selama 15 bulan.
Bagaimanapun, ia masih belum dapat dimulakan berikutan beberapa isu melibatkan tanah dan syarat konsesi.