Program KUSKOP perkasa pensijilan dan kapasiti produk halal

KUALA LUMPUR, 12 November – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus memperkasa pensijilan halal, standard kualiti serta akses pasaran domestik dan eksport bagi memastikan daya saing Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) kekal aktif.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperkasa pensijilan halal dan standard kualiti untuk meningkatkan daya saing PMKS di pasaran domestik dan eksport.
  • Melaksanakan Program Pengantarabangsaan Usahawan Halal (PPUH) bagi mengukuhkan jenama halal Malaysia antarabangsa.
  • Menawarkan Program Pembangunan Keusahawanan Halal (PPKH) untuk sokongan keusahawanan sektor halal.
  • Menyediakan Program Pembangunan Kapasiti Produk Halal (PPKPH) fokus kepada penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan.

Timbalan Menteri, Datuk Seri R. Ramanan, berkata Program Pengantarabangsaan Usahawan Halal (PPUH) turut dilaksanakan untuk mengukuhkan jenama halal Malaysia di pasaran antarabangsa.

“Selain itu, di bawah Program Pembangunan Keusahawanan Halal (PPKH), Program Pembangunan Kapasiti Produk Halal (PPKPH) juga disediakan bertujuan memperkukuh kapasiti produk halal dari aspek penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Dr. Siti Mastura Muhammad (Kepala Batas) dalam sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.