fb fb fb fb fb

Program Advokasi Perlindungan Kasih Kanak-Kanak: Tekankan tanggungjawab dalam talian

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Seramai 150 murid dan guru diberikan taklimat kesedaran keselamatan dalam talian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Undang Abdul Manap, Negeri Sembilan.

Menerusi kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Program Advokasi Perlindungan Kasih Kanak-Kanak mengariskan kepentingan cakna media sosial dalam kalangan kanak-kanak terhadap pemerkasaan literasi digital.

Selain itu, ia turut menekankan cara penggunaan internet dengan selamat, positif serta bertanggungjawab.

"Program tersebut adalah menerusi inisiatif Klik Dengan Bijak (KDB).

"Ia merupakan antara kaedah mendidik masyarakat mengenai etika dan tanggungjawab dalam talian," menurutnya.

Ini merupakan lokasi kedua daripada 30 buah sekolah dalam siri jelajah sepanjang tahun ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM