fb fb fb fb fb

Program '3 suara di mana' saji pelbagai acara kepada peminat Nasionalfm

FOTO RTM

KOTA BHARU, 14 Jun - Nasionalfm terus komited mendekati dan menyantuni pendengarnya di seluruh negara melalui program '3 suara di mana'.

Ketua Bahagian Rancangan Nasionalfm Margaret Gambang berkata, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di Kota Bharu menjadi lokasi ke-11 dikunjungi, dengan pelbagai pengisian menarik disediakan kepada pengunjung.

Jelas beliau, sebagai stesen radio tonggak di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pendekatan diguna pakai menjadi medium untuk mendekatkan hubungan antara penyampai-penyampai radio dengan pendengar di lokasi terpilih.

"Nasionalfm berdasarkan 10 lokasi yang kami sudah pergi dan jabatan yang kami jalankan kesannya sangat bagus, jadi kenapa tidak kita laksanakan di lebih banyak lokasi.

"Sebab kita mahu jumpa masyarakat bukan senang sebab selalunya kita bersiaran di dalam konti tapi kita perkenalkan juruhebah bagi orang ramai tengok bagaimana sebenarnya Nasionalfm bekerja," kata Margaret.

Beliau ditemui pemberita pada program '3 suara di mana'@RTC Kota Bharu, Kelantan sempena Karnival Agro Madani dan Majlis Pelancaran Program Jualan Khas Semarak Aidiladha Peringkat Kebangsaan, di sini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Institusi Pemasaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Isa Hamzah berkata, kerjasama strategik itu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam mempromosikan lokasi dan produk jualan FAMA.

"Tujuannya pertama kita mahu memperkenalkan produk kita dan tempat-tempat yang kita ada dan bagi menjamin produk sebenarnya ada di pasara tersedia di pasar, jadi jangan panik," kata Isa.

Program '3 suara di mana' menampilkan penyampai radio dan personaliti Nasionalfm seperti Diyya Nawai, Sonic, Nazri, Aizat serta penyampai Kelantanfm, DJ Kidz.

Pelbagai acara menarik disajikan kepada pengunjung antaranya kuiz bersama usahawan, chit chat '3 suara di mana, teka penyampai, pertandingan bungkus ketupat dan sebagainya.

Turut diadakan aktiviti persembahan pentas serta temubual usahawan makanan viral di Kelantan. Program akan diteruskan di Perak selepas ini.

TETITIA YUSOFF