fb fb fb fb fb

PRN Kedah: BN tampil muka baharu, lama dan wanita

ALOR SETAR, 20 Jun - Barisan Nasional (BN) Kedah menampilkan muka baharu, lama dan wanita sebagai calon untuk mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, akan datang.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pihaknya sedang menyusun senarai calon yang diberikan kepimpinan di peringkat bahagian sebelum diserahkan kepada presiden parti untuk memutuskannya.

"Sedang disusun untuk calon-calon diperingkat negeri Kedah BN, Insya-Allah masa terdekat ini apabila siap kita minta nama itu daripada kepimpinan daripada bahagianlah untuk serah kepada pejabat , Insya-Allah apabila  kita siapkan senarai itu untuk kita bawa kepada Yang Amat Berhormat presiden parti," kata Mahdzir, di sini.

Menurut Mahdzir, beliau masih belum menerima senarai nama calon sepenuhnya yang diketengahkan untuk bertanding pada PRN kali ini.

Bagaimanapun kesemua calon-calon yang dipilih adalah mengambil kira pelbagai aspek dan kriteria calon yang terbaik.

(Mahdzir ditemui media dalam sidang media)

 

Media Baharu