ALOR SETAR, 14 Mei- Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Sekreteriat ASEANAPOL.
Delegasi yang diketuai oleh DCP Datuk Suparamaniam Ramasamy dari Unit Perhubungan Antarabangsa Urusetia KPN, Bukit Aman itu tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.
Turun serta, Freeland Foundation ASEANAPOL, Mr. Steven Galster, Ketua-Ketua Jabatan Kontinjen Kedah dan delegasi Sekretariat ASEANAPOL
Polis Kedah dalam kenyataan memaklumkan, sesi kunjungan itu diadakan bagi membincangkan hal-ehwal keselamatan sempadan khasnya isu penyeludupan hidupan liar.
Majlis diakhiri dengan sesi menandatangani buku lawatan dan bergambar.
FOTO POLIS KEDAH