fb fb fb fb fb

Polis, ESSCOM tingkatkan keselamatan di perairan Lahad Datu dan Kunak menjelang Aidilfitri

Foto RTM

LAHAD DATU, 7 April - Polis Diraja Malaysia, PDRM dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah,ESSCOM tingkatkan keselamatan di perairan Lahad Datu dan Kunak menjelang Aidilfitri.

Tindakan tersebut susulan daripada kejadian tembakan membabitkan dua anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak pagi tadi.

Timbalan Menteri Sains dan Invovasi yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, kawalan keselamatan terutama di kawasan perairan akan dipantau rapi terutama menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Penduduk sekitar Lahad Datu terutama di kawasan daerah Kunak dinasihatkan supaya tidak perlu bimbang dan menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis berhampiran.

Dalam pada itu, ESSCOM bekerjasama dengan agensi keselamatan yang lain termasuk Maritim Malaysia dalam usaha mengesan kumpulan yang menembak dua anggota Maritim Malaysia, pagi tadi.

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos, berkata kerjasama itu termasuk melakukan operasi mengesan kumpulan terbabit yang melakukan tembakan.

Beliau tidak dapat mengesahkan kemungkinan suspek dari kumpulan Kidnapping For Ransom (KFR) atau penyeludup berikutan siasatan masih dijalankan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD