fb fb fb fb fb

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Polis akan membuat permohonan sambung reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak lelaki autisme itu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, permohonan melanjutkan tempoh reman terhadap pasangan suami isteri itu akan dibuat esok di Mahkamah Petaling Jaya selepas tamat tempoh reman.

Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan pada Jumaat lepas dan direman selama tujuh hari bermula 1 Jun lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai sebelum mayatnya ditemukan berhampiran kawasan saliran air yang terletak kira-kira 200 meter dari blok unit kediamannya di Apartment Idaman pada keesokan hari.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Artikel Berkaitan:
Kes bunuh Zayn Rayyan, beri ruang polis siasat - KPN
Ibu bapa Zayn Rayyan direman tujuh hari
Kes Zayn Rayyan, tangkapan bergantung kepada hasil analisis dan siasatan - PDRM

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM