fb fb fb fb fb

PM ucap takziah pemergian ibu Datuk Seri Dr Zaliha

Tangkap layar Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, December - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan takziah atas pemergian ibu kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa iaitu Allahyarhamah Halimah Yaacob.

Dalam hantaran di Facebook beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima perkhabaran duka berkenaan dengan penuh rasa dukacita.

“Kami menzahirkan ucapan takziah, serta mendoakan roh Allahyarhamha dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima seluruh amal kebajikan dan ditempatkan dalam kalangan para solihin serta orang-orang yang beriman,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar Dr Zaliha serta seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan, kekuatan jiwa dan ketenangan hati dalam menghadapi ujian berat berkenaan.

Allahyarhamah Halimah, 77 tahun, dilaporkan meninggal dunia pada jam 8.23 malam di kediaman Dr Zaliha di Putrajaya. Jenazah akan diuruskan di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya sebelum dibawa pulang ke Kulai, Johor untuk urusan pengebumian.

ASHRIQ FAHMY AHMAD