PM ucap tahniah pasukan orkestra SPWinds raih emas di Belanda

Seri Puteri Symphonic Winds (SPWinds), Sekolah Seri Puteri meraikan kejayaan meraih Gold With Distinction dalam kategori Wind Band Youth Division pada World Music Contest di Belanda/Foto Facebook PM

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada pasukan orkestra Seri Puteri Symphonic Winds, Sekolah Seri Puteri atas kejayaan meraih Gold With Distinction dalam kategori Wind Band Youth Division pada World Music Contest di Belanda.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri berharap kejayaan menjadi inspirasi rakyat Malaysia untuk terus berusaha dengan tekad, disiplin dan semangat tidak pernah luntur.
  • SPWinds sebelum ini meraih Anugerah Emas pada World Orchestra Festival ke-11 di Vienna, Austria pada Julai 2025.
  • Pasukan orkestra Sekolah Seri Puteri turut menerima sumbangan RM100,000 daripada Perdana Menteri pada April lalu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pencapaian itu menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia dalam mengharumkan nama negara.

“Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus berusaha dengan tekad, disiplin dan semangat yang tidak pernah luntur demi mengharumkan nama negara.

“Syabas dan terus melakar lebih banyak kejayaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyaksikan persembahan Winds of Glory pada April lalu/Foto BERNAMA

SPWinds sebelum ini meraih Anugerah Emas pada World Orchestra Festival ke-11 di Vienna, Austria pada Julai 2025.

Pasukan orkestra Sekolah Seri Puteri itu turut menerima sumbangan RM100,000 daripada Perdana Menteri pada April lalu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.