PM ucap selamat ulang tahun ke-101 kepada Tun Dr Mahathir

Foto yang dimuat naik dalam hantaran Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 10 Julai– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran ke-101 kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat ulang tahun ke-101 kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Beliau mendoakan agar Tun Dr Mahathir dikurniakan rahmat, kesihatan baik dan berada dalam keberkatan Allah.
  • Tun Dr Mahathir dikenang sebagai Perdana Menteri keempat dan ketujuh yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

Menerusi hantaran di media sosial, beliau mendoakan agar Tun Dr Mahathir terus dikurniakan rahmat, kesihatan yang baik serta sentiasa berada dalam keberkatan Allah SWT.

“Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-101 buat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semoga Tun terus dilimpahi rahmat, kesihatan yang baik dan berada dalam keberkatan-Nya, insya-Allah,” katanya.

Tun Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh serta antara tokoh yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara sepanjang pentadbirannya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.