fb fb fb fb fb

PM tidak tolak ansur tindakan hasut rakyat

(Anwar Ibrahim)

JOHOR BAHRU, 4 September- Kerajaan Perpaduan tidak akan sama sekali bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang menyentuh isu 3R - isu agama, bangsa dan institusi diraja.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semua pihak perlu tahu batas kebebasan bersuara untuk berbicara dan mengkritik kerajaan.

Sebarang cubaan menghasut rakyat sehingga mencetuskan konflik dalam masyarakat yang berbilang kaum tidak boleh diterima sama sekali.

"Negara kita ada rule of law (peraturan perundangan), ada undang-undang dan peraturan.

"Kamu boleh bicara apa pun, boleh kritik siapa pun, (tetapi) kritik kerajaan, ada had dia. Kamu gunakan sentimen hasut orang Melayu benci pada Cina, kamu hasut orang guna agama untuk nyatakan kita semua ini macam kafir, saya tegaskan di sini, saya tidak akan tolak ansur," katanya semasa hadir Jelajah Perpaduan Madani Pulai di sini.

Beliau bagaimapun tidak akan terlibat dalam urusan mengambil tindakan terhadap pesalah, sebaliknya akan menyerahkan tanggungjawab kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara.

Selain itu, Anwar turut menyeru semua pihak agar menghentikan perbuatan 'mengharamkan' mana-mana pihak, yang disifatkan beliau sebagai tidak masuk akal.

(FOTO FB Anwar Ibrahim)

Media Baharu