
PERMATANG PAUH, 17 Mac – Sebanyak 14,000 ekor ayam diagihkan kepada penduduk di Parlimen Permatang Pauh menerusi 29 masjid di kawasan itu sebagai persediaan kepada orang ramai untuk menyambut Aidilfitri.
- Inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kerjasama Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).
- Pengagihan dilaksanakan oleh Pusat Khidmat Rakyat MADANI Permatang Pauh, menurut pegawai tempatan Ahmad Zhafri Mohd Nazri.
- Penerima menyatakan rasa syukur dan sumbangan membantu meringankan beban perbelanjaan termasuk penyediaan juadah hari raya.
- Majlis penyerahan ayam dan bubur lambuk diadakan di perkarangan Yayasan Aman, Penanti, Seberang Perai Tengah.
Pegawai Pusat Khidmat Rakyat MADANI Permatang Pauh, Ahmad Zhafri Mohd Nazri berkata, sumbangan itu ialah inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kerjasama Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).
“Hari ini kita telah dapat melaksanakan satu daripada hasrat Perdana
Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini merupakan acara tahunan untuk meringankan beban penduduk di sekitar Parlimen Permatang Pauh.”
Sementara itu, penerima Marudi Ahmad dan Marhani Idris meluahkan rasa syukur apabila menerima sumbangan ayam.
Mereka menyifatkan langkah itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban perbelanjaan, khususnya dalam menyediakan juadah untuk hari raya.
Majlis penyerahan ayam dan bubur lambuk turut diadakan di perkarangan bangunan Yayasan Aman di Penanti, Seberang Perai Tengah.