
KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia), pagi tadi.
- Ketua Pasukan Perubatan berkata prosedur berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan.
- Perdana Menteri kini menjalani rawatan fisioterapi dan berada di bawah pemantauan bagi memastikan pemulihan berjalan baik.
- Setiausaha Akhbar Kanan berkata beliau dijangka dipantau selama dua hari dan orang ramai diminta mendoakan kesihatan berpanjangan.
Ketua Pasukan Perubatan, Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah berkata, prosedur berkenaan berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan.
“Beliau kini sedang menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Terdahulu, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Datuk Seri Anwar dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.
“Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat,” katanya.