Amaran ribut petir di empat negeri hingga 7 malam

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga 7 malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawasan terlibat: Perak: Kinta, Kampar, Kuala Kangsar; Kelantan: Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh.
  • Terengganu: Besut dan Kemaman; Pahang: Cameron Highlands dan Kuantan.
  • Amaran dikeluarkan apabila ribut petir menunjukkan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam dan hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Menurut amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), kawasan terlibat di Perak ialah Kinta, Kampar dan Kuala Kangsar; Kelantan membabitkan Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Pasir Puteh.

Di Terengganu, amaran melibatkan Besut dan Kemaman, manakala di Pahang membabitkan Cameron Highlands dan Kuantan.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.