SANDAKAN, 27 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu masalah bekalan air dan elektrik, jalan raya serta sekolah di Sabah diatasi.
Usaha ini bagi memperkukuh ekonomi dan membangun infrastruktur serta memperkasa pendidikan rakyat Sabah.
Menurut beliau, peruntukkan negeri Sabah paling tinggi dalam sejarah meliputi pembangunan pengurusan.
Bagaimanapun projek Pan Borneo di Sabah berlaku kelewatan siap berbanding negeri Sarawak.
Datuk Seri Anwar berucap pada Himpunan Temu Rapat Umum di Dewan Yu Yuan Sandakan.
Dalam majlis sama beliau menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mendapatkan bukti yang kukuh untuk melakukan tangkapan.
Perdana Menteri turut menekankan ketua kerajaan harus bersih, mempunyai dasar yang jelas dan menjaga rakyat.
Mengenai Pilihan Raya DUN Sabah, Datuk Seri Anwar selaku Pengerusi PH akan terus bekerjasama dengan gabungan parti lain dalam kerajaan demi menjaga hubungan baik negeri dan persekutuan.