
KOTA KINABALU, 29 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan ke Sabah esok bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026.
- Pesawat membawa Perdana Menteri dijangka tiba di Terminal 2 KKIA pagi sebelum beliau ke Penampang.
- Beliau dijadual tiba di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Penampang pada 11.00 pagi untuk merasmikan festival.
- Beliau akan menyertai simbolik menuai padi, melawat rumah tradisi etnik Sabah, kemudian berlepas pulang dari KKIA.
Pesawat yang membawa Perdana Menteri dijadual tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pagi esok sebelum beliau ke Penampang.
Beliau dijadual tiba di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Penampang pada 11.00 pagi bagi menyempurnakan majlis perasmian festival kebudayaan itu.
Datuk Seri Anwar juga dijadual menyertai acara tradisi simbolik menuai padi dan melawat rumah tradisi etnik Sabah di pekarangan KDCA.
Selepas itu, Perdana Menteri akan ke Terminal 2 KKIA untuk berlepas pulang ke ibu negara, sekali gus menamatkan lawatan kerja rasmi beliau di Negeri Di Bawah Bayu.
Pesta Kaamatan ialah perayaan tradisi pesta menuai, diraikan oleh masyarakat di Sabah sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian lumayan, yang menampilkan pelbagai persembahan kebudayaan ikonik dan pertandingan ratu cantik tradisi Unduk Ngadau. -BERNAMA