fb fb fb fb fb

PM jamin kuota Bumiputera ke matrikulasi kekal

Perdana Menteri berucap pada sesi perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Julai Tahun 2024

PUTRAJAYA, 1 Julai- Kuota matrikulasi untuk Bumiputera dikekalkan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal melanjutkan pengajian. 

Itu jaminan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, selain mengekalkan sistem meritokrasi, kesaksamaan dan keadilan juga menjadi motto negara. 

"Contoh Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai bersaing dengan Kolej Melayu Kuala Kangsar atau Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling dengan segala prasarana siap di bandar sekolah-sekolah yang terbaik dan minta bersaing dengan sekolah menengah di Kapit. Tuan puan itu bukan keadilan, jadi kena ingat sementara kita setuju meritokrasi kita juga harus pertahankan prinsip keadilan,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Julai Tahun 2024 di Putrajaya. 

Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya mengenai isu keganasan yang dihadapi Palestin.

Beliau bagaimanapun mengingatkan semua pihak supaya tidak berlebihan membahaskan polemik isu Blackrock yang dikaitkan dengan rejim Israel sehingga merosakkan kepentingan negara. 

"Dalam sejarah dan ketimbang dengan negara lain, kita (Malaysia) antara paling jelas dan keras, jangan tuntut lebih dari itu. Kita ini negara berkembang, tengok tahap keupayaan kita, jangan kerana nafsu serakah nak tunjuk hebat, kita rosakkan kepentingan negara, itu prinsip secara umumnya,"katanya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE