KUALA LUMPUR, 11 Jun– Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas bas di Perak kelmarin, dihapuskan.
Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata penghapusan itu dibuat selaras dengan dasar sedia ada yang membenarkan pelupusan hutang PTPTN bagi pelajar yang meninggal dunia.
“Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengesahkan bahawa sekiranya ada dalam kalangan pelajar yang merupakan penerima pinjaman PTPTN, maka berdasarkan dasar sedia ada, pinjaman tersebut akan dilupuskan dan dimaafkan.
"Justeru, tiada isu berkaitan pinjaman PTPTN membabitkan 15 mangsa yang terlibat," katanya pada Sidang Media Mingguan Kementerian Komunikasi di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), di sini hari ini.
BERITA BERKAITAN:
- Nahas UPSI: Waris mangsa maut terima bantuan RM10,000
- Terengganu salur bantuan RM3,000 kepada 15 waris mangsa korban bas UPSI
- Nahas pelajar UPSI : Permit syarikat bas dibatalkan serta merta, tiada kompromi - MOT
- Mangsa, waris mangsa nahas bas pelajar UPSI terus dapat perhatian
- UPSI lancar misi kumpul, hantar barangan pelajar yang terkorban
- KPWKM sumbang RM1,000 kepada 10 pelajar UPSI yang dirawat di ICU
- Wakil UPSI digerakkan bantu beri sokongan emosi, agih bantuan kewangan