fb fb fb fb fb

Tiga maut dalam kebakaran kontena

Foto RTM

ISKANDAR PUTERI, 7 November - Tiga maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran membabitkan sebuah kontena di atas kapal MSC Kyparissia, dekat Pelabuhan Tanjung Pelepas, di sini, pada Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor memaklumkan, tiga mangsa terkorban melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun, serta dua warga asing dari Filipina dan Britain berusia lingkungan 40-an.

Panggilan kecemasan diterima pada pukul 12.23 tengah hari sebelum sembilan anggota bomba tiba di lokasi kejadian 17 minit kemudian.

Kebakaran disyaki berlaku ketika kerja pemunggahan kontena dijalankan di bawah geladak Blok 5 kapal berkenaan.

Tiga mangsa cedera, termasuk seorang lelaki tempatan dan dua warga Filipina, dihantar ke Hospital Gleneagles Iskandar Puteri, untuk rawatan lanjut.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN