
LOS ANGELES, 3 April – Juara bertahan, Miyu Yamashita, mencatat lima bawah par 67 untuk berkongsi kedudukan pendahulu pada pusingan pertama Kejohanan LPGA Aramco di Shadow Creek Golf Club, di sini.
- Miyu Yamashita, Nasa Hataoka dan Lauren Coughlin berkongsi kedudukan pendahulu selepas pusingan pertama Kejohanan LPGA Aramco.
- Yamashita bangkit selepas bogey di lubang 15 dengan eagle di lubang 18 dan empat birdie dalam sembilan lubang terakhir.
- Hataoka pulih daripada bogey awal, menambah birdie di lubang kedua dan lima birdie lagi untuk mengukuhkan kedudukan.
Pemain Jepun itu berkongsi kedudukan teratas bersama Nasa Hataoka dan Lauren Coughlin selepas ketiga-tiganya mencatat skor sama.
Yamashita bermula goyah apabila melakukan bogey di lubang ke-15, namun segera bangkit dengan pukulan eagle di par lima lubang ke-18.
Beliau kemudian meneruskan rentak cemerlang itu dengan mencatat empat birdie di sembilan lubang terakhir.
Sementara itu, Hataoka turut mempamerkan kebangkitan sama apabila melakukan bogey awal di lubang pertama sebelum mencatat birdie di lubang kedua.
Pemain berpengalaman itu turut menambah lima lagi birdie untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kelompok pendahulu.
Dalam pada itu, Coughlin mempamerkan permulaan agresif sebelum menamatkan pusingan awal dengan satu bogey.
Keputusan lain menyaksikan, pemain nombor satu dunia, Jeeno Thitikul bermula sederhana dengan catatan par 72.
Kejohanan ini menghimpunkan kesemua 20 pemain terbaik dunia dengan tawaran hadiah keseluruhan sebanyak AS$4 juta. – AFP