KUALA LUMPUR, 11 Jun– Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada semua mangsa nahas bas yang melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Perak, kelmarin.
Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata bantuan sebanyak RM10,000 akan diberikan kepada waris mangsa yang terkorban.
Manakala RM5,000 akan disalurkan kepada mangsa yang cedera.
"Jemaah Menteri turut merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa yang terkesan. Bantuan telah diarahkan untuk disalurkan dengan kadar segera," katanya.
Beliau berkata demikian semasa Sidang Media Mingguan Kementerian Komunikasi di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) di sini hari ini.
Tambah beliau, bantuan itu bukan sahaja sebagai menandakan keprihatinan kerajaan, tetapi juga bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh waris serta mangsa yang terlibat.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Peguam Negara untuk meneliti aspek insurans bagi membantu keluarga mangsa daripada segi tuntutan dan perlindungan yang sewajarnya.
BERITA BERKAITAN:
- Terengganu salur bantuan RM3,000 kepada 15 waris mangsa korban bas UPSI
- Nahas pelajar UPSI : Permit syarikat bas dibatalkan serta merta, tiada kompromi - MOT
- Nahas UPSI: JKM tawar khidmat kaunseling kepada mangsa, waris
- KPWKM sumbang RM1,000 kepada 10 pelajar UPSI yang dirawat di ICU
- Nahas bas UPSI: Anthony Loke jamin tindakan tegas, fokus laksana 'speed limiter'
- Nahas bas UPSI: YPM sumbang bantuan kilat RM1,000 kepada setiap pelajar terlibat
- Tragedi pelajar UPSI: Empat sekeluarga kereta MPV dilaporkan stabil