JOHOR BAHRU, 11 Jun- Johor mencatatkan prestasi pelaburan tertinggi di Malaysia bagi suku pertama 2025, dengan nilai pelaburan diluluskan RM30.1 bilion.
Exco Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri, Lee Ting Han, dalam perkongsian di Facebook berkata pencapaian itu sekali gus meletakkan Johor sebagai peneraju pelaburan negara.
Ia juga membuktikan, formula pelaburan inklusif dan strategik, dirangka kerajaan negeri dan Persekutuan sedang membuahkan hasil.
"Sebahagian besar jumlah pelaburan, fokus kepada sektor perkhidmatan berimpak tinggi, merangkumi logistik, pusat data, dan fasiliti perniagaan moden.
Aspek tumpuan itu sejajar hala tuju Johor, ke arah pusat ekonomi digital dan perindustrian bernilai tinggi," kata kenyataan itu.
Berdasarkan statistik dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Johor merekodkan prestasi pelaburan tertinggi, bagi tempoh Januari hingga Mac, tahun ini
Data itu disusuli, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan pelaburan diluluskan, RM15 bilion dan Sabah, RM10.9 bilion.